PENDAHULUAN
Jabatan Agama Asrama Perkaya Marang melalui kelulusan pihak pengetua akan mengadakan kursuas penyembelihan binatang ternak untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 lelaki dan perempuan .Selain bertujuan untuk menghasilkan prodok halal bagi umat islam,kursus ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar bagaimama cara penyembelihan yang betul dari segi hukum syarak.Penyembelihan bukanlah suatu yang rumit,cuma memerlukan pendedahan secara formal dari segi tiori dan praktikal.Justeru itu Jabatan Agama amat mengharapkan sokongan dari pihak pengurusan dan kerjasama dari pelajar terlibat.Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melicinkan perjalanan kursus ini.Diharapkan kursus ini dapat memberi imput yang berguna kepada para peserta sebagai satu usaha Jabatan Agama melaksanakan program-program bagi melahirkan anak-anak yang berguna di dunia dan akhirat,insyaAllah.
OBJEKTIF KURSUS
1. Mendedahkan kepada para pelajar cara penyembeliha yang betul
2. Mendedahkan kepada para pelajar binatang yang halal dan haram dimakan
3. Pendedahan tiori dan praktikal
4. Mengeratkan silaturahim antara pelajar
ANGGARAN PERBELANJAAN
Ayam hidup - RM 11.00 X 20 = RM 220.00
Hamper - RM 20.00 X 1 = RM 20.00
RM 240.00
JAWATANKUASA
Penasihat - Ust Wan Rosli dan Ust Abd Majid
Pengerusi - Mohd Harith bin Daud
Setiausaha - Shahrul bin Ismail
AJK persiapan
tempat - Zulkarnaim Omar / Mohd Aminuddin
AJK persiapan
penyembelihan - Danial Abd Razak / Fazrul Hisyam
AJK peralatan - Che Wan Roslan / Tn Hafizuddin
AJK makan minum - Tn Ridzuan / Amirul Syafik
PERISIAN SESI KURSUS
Sesi 1
Tiori penyembelihan secara betul disampaikan oleh pembimbing dibantu dengan risalah panduan.Sesi ini akan membincangkan takrif,hikmah binatang yang halal dan haram,rukun,syarat-syarat dan sebagainya.
Sesi 2
Praktikal penyembelihan
Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan,setiap kumpulan akan dibekalkan seekor ayam yang masih hidup untuk disembelih. Sebelum peyembelihan dilakukan,setiap kumpulan tersebut akan disoal berdasarkan perbincangan pada sesi pertama.Penilaian akan dibuat dan kumpulan terbaik akan diberi hadiah.
Sesi 3 - BBQ
ATURCARA
Pagi
9.00 am -Pendaftaran
9.10 am -Tazkirah / taklimat
9.30 am -Praktikal penyembelihan
10.30am -Minum dan bersurai
Malam
9.00 pm -BBQ
PANDUAN PENYEMBELIHAN HAIWAN
TAKRIF
Penyembelihan bermaksud pembersihan,iaitu pembersihan dari sebarang kotoran dengan melukakan bahagian tertentu pada leher binatang oleh orang tertentu dengan alat-alat tertentu.
Penyembelihan adalah merupakan salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya.Islam membezakan bentuk penyembeihan dan mengambilkira cara mematikan binatang.Teknik ini adalah sebagai melatih ,mendidik jiwa muslim bersifat ehsan,berdisiplin dan tanggunjawab.Binatang yang halal dimakan jika tidak disembelih secara syarak,dangingnya akan menjadi haram kerana bangkai, sedakang islam mengharamkan memakan bangkai.
HIKMAH PENYEMBELIHAN
- Untuk mematikan binatang dengan cara mudah,tidak menyakiti dan menyeksa.
- Membezakan cara penyembelihan dengan orang bukan islam
- Melahirkan rasa ehsan pada binatang
- Darah yang mengalir tidak berbau busuk
RUKUN PENYEMBELIHAN
- Penyembelih
- Alat penyembelihan
- Cara penyembelihan
- Binatang sembelihan
1.Penyembelih
a. Beragama islam
b. Memahami syarat sah penyembelihan
c. Memutuskan urat halqum dan marikh
d. Tidak berada dalam ihram
2.Alat Penyembelihan
a. Setiap benda yang boleh memotong dan mengalirkan darah kecuali kuku,tulang dan gigi
b. Tajam
3. Cara penyembelihan
Memutuskan urat halqum ( saluran penapasan ) dan marikh ( saluran makanan dan minuman)
- Binatang sembelihan
- Haiwan darat
- Haiwan halal dimakan
- Masih hidup
- Penyembelihan dilakukan di tempat berasingan daripada haiwan yang tidak halal
SYARAT SAH PENYEMBELIHAN
- Niat kerana Allah SWT.
- Menyegerakan keluar roh binatang dengan memutuskan halqum dan merikh
- Binatang masih hidup
- Haiwan yang halal dimakan
- Penyembelihan dilakukan dengan sekali potong
PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM PENYEMBELIHAN
- Membaca Bismillah
- Membaca selawat ke atas Nabi
- Sunat diasah pisau supaya cukup tajam
- Membaringkan binatang di atas rusuk kirinya dengan kepala diangkat sedikit
- Menghadap kiblat
PERKARA-PERKARA MAKRUH DALAM PENYEMBELIHAN
- Tidak membaca Bismillah
- Tidak menghala kearah kiblat
- Meletakkan kaki di atas pipi binatang
- Mengasah pisau di hadapan binatang
- Melakukan peryeksaan tampa sabab
- Melapah atau memotong kulit sebelum binatang itu sejuk sedikit
JABATAN HAL EHWAL AGAMA
ASRAMA PERKAYA MARANG
TARIKH: 7 OKTOBER 2010
Pengetua
Asrama Perkaya Marang
21600,Marang,Terengganu.
Tuan,
POHON KEBENARAN DAN PERBELANJAAN MENGADAKAN KURSUS PENYEMBELIHAN BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5
Sukacita dimaklumkan,Jabatan Agama merancang mengadakan satu kursus penyembelihan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang melibatkan pelajar lelaki dan perempuan. Tarikh dan waktunya akan dibincang secara lisan dengan tuan.
2 Bagi tujuan murni di atas,saya memohon kebenaran dan memperuntukan sedikit perbelanjaan kewangan bagi melicinkan perlaksanaan kursus.Bersama ini saya sertakan anggaran perbelanjaan untuk tatapan tuan.
Persetujuan dan kelulusan tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih
“KEBAJIKAN ANAK YATIM TANGGUNJAWAB BERSAMA”
Sekian,terima kasih
.................................................
( WAN ROSLI WAN MAMAT )
Guru Agama
Asrama Perkaya Marang
No comments:
Post a Comment